5 Kebodohan FAM Yang Terkini.

1.Tidak mengikut guideline yang diberikan oleh FIFA dan AFC seperti yang berlaku tempoh hari kepada Khairul Fahmi Che Mat. Semua sudah jelas bila dinyatakan dalam perundangan FIFA/AFC bahawa setiap pemain tidak boleh bermain untuk negara sekiranya tidak dilepaskan/ada tanggungjawab bersama pasukan yang menjadi majikan mereka.

"Eh ? Sejak bila plak aku main FarmVille?" - Apex
2.Penggantungan jurulatih yang terlalu kejam. Hal in pernah berlaku kepada bekas jurulatih Kelantan FA iaitu B Sathianathan dan juga Jurulatih Kedah sekarang ini . Tak berapa dulu, B Sathianthan dikenakan hukuman gantung selama 6 bulan kerana mengkritik mutu pengadilan secara umum. Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson juga pernah berbuat sedemikian tetapi hanya digantung 8 perlawanan oleh FA. Itupun sudah dikecam oleh pengurus-pengurus kelab inggeris yang lain. Berlainan pula yang berlaku kepada Wan Jamak. Dia digantung sebanyak 8 atau 9 perlawanan kerana kesalahan mengritik FAM . Tetapi beliau bukan sahaja digantung perlawanan tetapi juga dilarang melatih pasukannya dalam tempoh penggantungan tersebut. Hal ini berlainan dengan apa yang berlaku dinegara lain sekiranya jurulatih digantung. Mereka dibenarkan untuk melatih pasukan mereka tetapi tidak dibenarkan untuk bersama pemain di bangku simpanan semasa perlawanan rasmi. Tanya sahaja hal ini kepada Jose Mourinho. Beliau sudah banyak kali digantung perlawanan tetapi bebas untuk melatih mereka.

Kedah masih belum menjaringkan gol setakat ini .
3.Keputusan yang tidak pernah tetap. Baru sahaja diumumkan bahawa tempoh pendaftaran pemain import sudah ditutup pada penghujung Disember 2011 tapi kerana diugut oleh Menteri Besar Terengganu yang brutal, tempoh itu dilanjutkan kepada penghujung bulan Februari 2012. Kereana digertak sedikit,FAM sudah merasa takut dan mengikut apa kehendak orang lain ?

"He He He... berjaya juga ambe " Ahmad Said
4.Sikap FAM yang buat tidak endah. Perlawanan diantara Kedah dan Kelantan di Stadium DarulAman  tempoh hari menyaksikan 2 insiden yang sepatutnya dikenakan kad merah yang dilakukan oleh pemain Kedah kepada penyerang Kelantan, Mohammad Ghaddar . Kaki beliau telah dibentes dan seterusnya dipijak oleh dua pemain yang berlainan. Situasi yang sama berlaku di England apabila Mario Balotelli memijak Scott Parker tetapi tidak dikenakan sebarang kad semasa perlawanan tetapi video itu telah ditonton oleh FA dan Balotelli digantung 4 perlawanan. Video yang melibatkan Ghaddar itu jelas kelihatan tapi sampai sekarang masih belum dengar sedikit berita dari Wisma FAM.

Bukti ini sudah cukup untuk memastikan Balotelli digantung

5.Kejadian di Stadium Paroi telah menafikan bahawa penyokong Kelantan paling ganas di Malaysia. Penjaga gawang Felda United,Hamsani Ahmad telah diserang oleh penyokong Jang. Jikalau berlaku pergaduhan, ia boleh diterima sekira hanya melibatkan pemain sahaja. Tetapi bila pemain diserang oleh penyokong, itu sudah jadi cerita lain. Mana FAM dalam kes ini ? Kenapa kes di Kelantan cepat sahaja disiarkan di berita ? Kenapa KAFA digantung sedangkan penyokong tidak menyerang pemain ? Kenapa FAM tidak mengenakan hukuman yang sama kepada PBNS?

Tindakan bodoh penyokong Jang menyerang Hamsani
FAM menyuruh penyokong untuk bersikap prfesional tetapi mereka sendiri tidak profesional dalam menangani urusan mereka. Walaupun mutu blasepak negara sudah meningkat tetapi FAM tidak diubah ,sampai bila bolasepak Malaysia akan mencapai zaman kegemilangan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...